Assalamualaikum,,,, untuk tajuk saya ini,saya berminat untuk memberikan pendapat saya tentang adab kita menegur orang. Memandangkan tajuk ini tampak begitu menarik bagi saya kerana ianya mempamerkan siapa diri kita.
Orang disekeliling kita sedang menilai diri kita, jadi awas!!. Cara kita menegur rakan-rakan mahupun orang yang belum kita kenali mempamerkan budi bahasa yang kita ada.
Contohnya, saya andaikan kamu sebagai sebiji buah, mempunyai kulit yang buruk hinggakan burung pun tak sudi dekat, tetapi mempunyai isi yang elok dan manis bila dimakan. apa yang saya maksudkan,orang sekeliling kamu menilai buruk terhadap kamu walaupun sebenarnya kamu seorang yang baik oleh kerana mereka tidak mengenali diri kamu.
Contohnya, saya andaikan kamu sebagai sebiji buah, mempunyai kulit yang buruk hinggakan burung pun tak sudi dekat, tetapi mempunyai isi yang elok dan manis bila dimakan. apa yang saya maksudkan,orang sekeliling kamu menilai buruk terhadap kamu walaupun sebenarnya kamu seorang yang baik oleh kerana mereka tidak mengenali diri kamu.
Mungkin kita tidak sengaja menegur dengan cara yang kasar kerana terlalu ikutkan perasaan. Sebagai contoh orang yang kamu tidak kenali menggangu laluan kamu,tersinggung kamu, terpijak kasut kamu, potong barisan kamu ataupun ambil tempat duduk kamu, mungkin perkara sebegini boleh menaikkan rasa marah kamu, tetapi apa salahnya jika kita menegur dengan cara yang baik dan orang lain juga dapat menerima teguran kita itu dengan cara yang baik. Permulaan yang baik disudahkan dengan pengakhiran yang baik. Pentingya bagi kamu menunjukkan tanggapan yang baik kepada orang disekeliling kamu dengan menegur dengan cara yang baik dan sopan.
- Assalamualaikum merupakan asas bagi kita menegur sesama saudara Islam.
- Bagi non-muslim, ucapkan salam sejahtera, selamat pagi, selamat petang.
- Senyuman merupakan teguran.
- Jika kamu rasa tidak selesa dengan perlakuan rakan kamu, tegur dia dengan cara yang baik.
- Apabila kamu mahu menegur orang yang tidak dikenali, mulakanlah dengan Assalamualaikum, kerana teguran anda pasti dijawab dengan waalaikumussalam bagi yang muslim.
- Fikir dahulu sebelum bercakap.
- Cakaplah dengan nada suara yang rendah, ini menunjukkan bahawa anda menghormatinya.
- Gunakan bahasa yang sedap didengar, elakkan bahasa kesat.

No comments:
Post a Comment