Pages

Thursday, 21 July 2011

SESUNGGUHNYA KAU MAHA PENGASIH

kisah ini diambil dari pengalaman hidup seorang hamba Allah.

Aku berasal dari sebuah keluarga yang kurang berkemampuan. Aku merupakan anak sulong dari enam beradik. Ayahku yang ku gelar dia ‘abah’ bekerja sebagai seorang nelayan.
Tidak jemu bapaku berhempas pulas mencari rezeki kami sekeluarga di laut untuk sesuap nasi.

Ibu aku merupakan seorang suri rumah. Walaupun hidup kami sekeluarga dalam keadaan susah, kasih sayang yang diberikan ibu bapaku tidak pernah hanyut dibuai masalah kewangan.
 Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, begitulah hidup seharian aku menghadap rezeki yang diberi ilahi. Namun aku tetap bersyukur kepada-NYA kerana memberikan aku hati yang kental untuk terus berjuang dan tidak putus asa dalam hidup yang penuh dugaan ini.
 Aku amat mementingkan pelajaranku demi mencapai cita-citaku, aku mahu memberi contoh yang terbaik kepada adik beradikku. Aku sanggup lenyapkan istilah cinta dalam kamus hidupku demi memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaranku. aku bertawakal kepada-NYA kerana aku hanya mampu merancang, DIAlah yang menetukan.
Alhamdulillah, aku melanjutkan pelajaranku ke stp. Semangatku dalam menuntut ilmu semakin berkobar-kobar apabila dianugerahkankan sebagai pelajar cemerlang.
Namun, hari tak selalunya cerah. Aku terpaksa berhenti belajar kerana keluargaku tidak mampu membiaya kos pelajaranku. pilu hati aku apabila usahaku tersekat di tengah jalan. Namun aku redha dengan ketentuan ilahi, mungkin ini takdir aku, tidak putus aku menadah rahmat dari-NYA siang dan malam.
Tidak lama dari tu, aku bercadang untuk bekerja dalam bidang guaman kerana aku begitu meminati bidang ini. Alhamdulillah, Gaji dari hasil kerjaku itu, dapatlah aku kumpulkan untuk membiaya kos pelajaran aku.
Selang kemudian.
Adik lelakiku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di luar Negara. Bapaku tidak mampu untuk membiaya kos hidup adikku di sana. Bapaku meminta bantuan dari aku untuk membiaya adik aku hasil dari pendapatan yang aku dapat.
Sebak hati aku apabila duit yang aku kumpul selama berbulan-bulan, aku sumbangkan kepada bapaku untuk mebiaya kos hidup adikku disana. Aku REDHA,,
 Aku ikhlaskan hati aku untuk itu.
Dengan rela hati, aku berikan saja duit dari hasil kerjaku itu kepada bapaku. Setiap bulan gaji yang aku dapat, aku hulurkan kepada bapaku. Pilu dalam hatiku ini, aku tahankan saja.
Aku tumpang gembira apabila adikku berjaya dalam pejaran dan hidupnya.
Dan aku bersyukur kerana aku berpeluang meneruskan pekerjaanku dalam bidang guaman dengan lebih mendalam.
Kini aku sudah berjaya dalam hidupku sendiri, Alhamdulillah aku dikurniakan tiga cahayamata.
Anak sulungku telah menjadi seorang peguam yang berjaya dimana cita-citanya sama sepertiku.
Aku bersyukur kepada Allah yang memberikanku kekuatan untuk mengharungi segala dugaan sepanjang hidupku,, sesungguhnya engkau maha pengasih kepada setiap hambamu di muka bumi. Syukur ALHAMDULILLAH.
TAMAT….



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...