Assalamualaikum.....
Bila kita bercakap pasal ego, semua orang mempunyai ego mereka tersendiri, apa yang membezakannya ialah tahap ego seseorang itu,,,, ada yang egonya tinggi bak gunung everest,, :-p ,,, dan juga ada egonya yang rendah macam busut.
dapatkah kita membuang sifat ego dalam diri kita ini,,?
sama-sama kita renungkan,, :-)
mungkin kita tidak sedar bahawa ego sedang bermaharajalela dalam diri kita, tepuk dada tanya selera,,,,
Sedar ataupun tidak,, janganlah kita beli cermin yang cuma menampakkan wajah saja, belilah cermin yang besar sedikit agar nampak seluruh badan kita. Dapatlah kita menilai seluruh keburukan yang ada pada diri sendiri. :-p
Ego sering kali kita kaitkannya dalam islitilah (couple) bercinta. Dalam sedang kita bercinta memang jelas sekali keegoan yang ada pada pasangan masing2.
Kita sebagai seorang hamba Allah telah dikurniakan-NYA kepada kita hati. Walau sekeras manapun hati kamu, percayalah hati kamu boleh dilembutkan dengan selembut-lembutnya oleh orang yang kamu cintai.
Mungkin sukar untuk kita buang ego dalam diri,,,, saya mahu berkongsi sedikit tips kepada anda untuk mengawal keegoan kita sendiri.
- sedar keburukan diri sendiri kerana tidak semua perlakuan kita sempurna
- sentiasa senyum,, dengan senyuman kita dapat menenangkan hati
- sentiasa cool dalam apa jua keadaan
- sentiasa berfikiran positif
- amalkan rasa rendah diri
- mengalah adalah lebih mulia tahapnya
- tutur kata yang sopan seolah-olah melatih diri mempunyai keperibadian yang baik
- sentiasa bersedia menerima teguran
- berpandangan jauh dalam menyelesaikan masalah
- sabar itu besar impaknya
terima kasih,,, :-p

No comments:
Post a Comment