Dalam usaha mendewasakan diri kita, salah satu langkah awal yang mesti kita pelajari adalah bagaimana menjadi peribadi yang mampu menjaga dan memelihara lisan dengan baik dan benar. Sebagaimana yang disabdakan Rasullullah s.a.w ; “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam”, hadis diriwayatkan oleh Bukhari.
Sesungguhnya diam itu bermacam-macam penyebab dan kesannya. Ada yang dengan diam jadi emas, tetapi ada pula dengan diam malah menjadi masalah. Semuanya bergantung kepada niat dan cara kita sendiri. Mari sama-sama kita renungkan.
1. Diam Bodoh
Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang mesti dikatakan. Hal ini boleh berlaku kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan kurang pengertianya, atau lemah pemahaman tantang sesuatu perkara.
2. Diam Malas
Diam jenis ini merupakan keburukan, kerana diam ketika orang memerlukan perkataannya, dia enggan bercakap kerana merasa sedang tidak ada mood, tidak berselera atau malas.
3. Diam Khianat
Diam orang jahat kerana diam untuk mencelakakan orang lain. Diam ketika diperlukan contohnya sebagai saksi. Diam ketika diperlukan saksi yang menyelamatkan adalah diam keji.
4. Diam Marah
Diam seperti ini ada baik dan buruknya, baiknya adalah jauh lebih terpelihara dari perkataan keji yang dapat mengkeruhkan suasana. Buruknya pula, berniat bukan untuk mencari jalan penyelesaian tetapi untuk memperlihatkan kemurkaannya sehingga boleh menyebabkan situasi simpan dendam.
Maksud diam aktif adalah diam hasil dari pemikiran, perenungan dan niat yang membuahkan keyakinan. Dengan bersikap menahan diri (diam) kita akan medapat maslahat yang lebih besar berbanding bercakap perkara yang mensia-siakan. Kelebihan Diam Aktif seperti di bawah.
- Menghindari masalah
- Menghindari dosa
- Hati selalu terjaga dan tenang
- Lebih bijaksana
- Hikmah akan muncul
- Lebih berwibawa
Diam dapat menghindarkan kita dari beberapa perkara seperti :
· Diam dari perkataan dusta.
· Diam dari perkataan sia-sia.
· Diam dari tanggapan serta merta.
· Diam dari kata yang berlebihan.
· Diam dari keluh-resah.
· Diam dari niat riak dan ujub
· Diam dari kata yang menyakiti.
· Diam dari merasa bangga diri dan berilmu tinggi.
Sumber : Ahmad Safuan Al-Karami

No comments:
Post a Comment